Waspada Sindiket Penipuan Yang Menggunakan Logo LHDNM Melalui Surat Tunggakan Cukai

TULAR:
2615

Menurut kenyataan media Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHNDM):

LHNDM ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan yang aktif menggunakan logo LHDNM bagi mengaut keuntungan dengan memperdayakan mangsa.

Modus operandi terbaru sindiket adalah dengan memaklumkan mangsa mempunyai cukai tertunggak daripada pelaburan melalui surat yang mengandungi logo LHDNM dan menggunakan nama salah sebuah agensi kerajaan lain.

Sehubungan itu, orang ramai dipohon agar sentiasa berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat yang meragukan dan sila lakukan pengesahan dengan LHDNM serta agensi kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu.

SUMBER:

Facebook Rasmi LHDNM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI