PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat gambar seekor Harimau Malaya dewasa yang dirakam di Jalan Lepar, Gambang.
SEBENARNYA:
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) negeri Pahang menafikan gambar Harimau Malaya dewasa yang tular di media sosial dirakam di Jalan Lepar, Gambang.
Menurut Pengarah Perhilitan Pahang, Ahmad Azhar Mohammed , sebaliknya, pemeriksaan dilakukan mendapati gambar yang tersebar itu sebenarnya dipercayai telah dirakam di India dan diambil dari Internet sebelum disebarkan.
“Hari ini saya dimaklumkan ada pihak menggunakan gambar yang sama dan mendakwa harimau itu ditemui di Mersing, Johor.”