PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Genting Berhad membeli 400 juta unit saham FGVH dan kini FGVH dikuasai oleh Genting Berhad.
SEBENARNYA :
Felda menafikan bahawa 400 juta unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) kini dimiliki oleh Genting Berhad.
Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, semasa proses pra-IPO, tiada saham yang diperuntukkan kepada Genting Berhad dan mengikut peraturan Bursa Malaysia, mana-mana pemilikan baru saham yang melebihi 5 peratus perlu diumumkan melalui laman Pengumuman Bursa Malaysia.