Jabatan Perangkaan Malaysia Tidak Pernah Mengeluarkan Kenyataan Atau Statistik Jumlah Pengangguran Tertinggi Dalam Sejarah Sehingga 2.05 Juta Orang

TULAR:
6081

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan media Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM):

DOSM dengan ini menegaskan kenyataan dan infografik yang sedang tular melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp serta Telegram berkaitan “Jumlah Pengangguran Terus Meningkat Dan Tertinggi Dalam Sejarah 2.05 Juta Orang – Jabatan Perangkaan Malaysia” merupakan kenyataan yang tidak dikeluarkan oleh DOSM dan semua pihak diminta berhenti menyebarkannya serta merta. Orang ramai seharusnya berhati-hati dan tidak menggunakan nama DOSM bagi statistik yang tidak rasmi atau kiraan sendiri.

Untuk makluman semua, DOSM telah mengeluarkan Statistik Utama Tenaga Buruh, Malaysia, Mac 2020 dan Laporan Survei Tenaga Buruh, Malaysia, Sukut Pertama 2020 (ST1 2020) pada 8 Mei 2020 yang memaparkan Statistik Tenaga Buruh, Guna Tenaga dan Pengangguran yang diperoleh daripada Survei Tenaga Buruh (STB).

Laporan tersebut menyatakan, pengganguran pada bulan Mac 2020 berjumlah 610.5 ribu orang berbanding 521.3 ribu orang yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun 2019.

Maklumat keluaran Perangkaan Tenaga Buruh bagi Bulan April 2020 pula akan diterbitkan pada 15 Jun 2020.

SUMBER:

Facebook Rasmi DOSM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI