Poster Imej Perdana Menteri Dengan Tulisan ‘Perdana Menteri Jangka Pendek’ Adalah Poster Yang Telah Disunting

TULAR:
6544

SEBENARNYA:

Hasil penelitian dan semakan MCMC mendapati bahawa poster tersebut adalah palsu.

Pihak Astro AWANI menafikan sebaran poster berupa gambar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berserta tulisan “Perdana Menteri Jangka Pendek” yang tersebar di media sosial.

Imej dan kapsyen berkenaan telah disunting oleh pihak tertentu untuk tujuan tertentu dan sama sekali tidak pernah dikeluarkan di mana-mana platform rasmi Astro AWANI.

Ini adalah poster asal sebelum disunting.

Foto berkenaan dipercayai mulai tular susulan poster “Perutusan Khas Perdana Menteri: Pelan Pemulihan Ekonomi Negara Jangka Pendek” dimuat naik dalam beberapa platform media sosial astro AWANI.

SUMBER:

Astro AWANI


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI