PENJELASAN:
Pihak Kementerian Pendidikan memperjelaskan laporan bahawa guru tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit di sekolah sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Dato’ P.Kamalanthan, guru sememangnya dibenarkan untuk membawa telefon mereka ke kawasan sekolah tetapi kepenggunaannya atas urusan persendirian dalah tidak patut dan tidak boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan murid. Guru boleh menggunakan peranti mereka sebagai salah satu bahan PdPc di mana ianya membantu dari segi Pendidikan Abad ke-21.
SUMBER:
Laman Facebook Rasmi YB Dato’ P.Kamalanthan