JPM Keluarkan Tawaran Tender Rundingan Terus Bagi Cadangan Membina Dan Menyiapkan Kompleks UTC Di Shah Alam?

TULAR:
457
Gambar hiasan.Sumber : UTC

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengeluarkan tawaran tender rundingan terus (jemputan khas) bagi cadangan membina dan menyiapkan Kompleks Pejabat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Shah Alam, Selangor.

Gambar hiasan. Sumber: Kerajaan Negeri Sembilan

SEBENARNYA:

JPM menafikan pernah mengeluarkan tawaran tender rundingan terus (jemputan khas) bagi cadangan membina dan menyiapkan Kompleks Pejabat Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Shah Alam, Selangor.

JPM menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang tawaran rundingan terus melalui surat, e-mel atau panggilan telefon bagi pembinaan Kompleks Pejabat UTC di mana-mana lokasi.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa waspada serta berhati-hati dan menyemak kesahihan tawaran-tawaran seperti ini dengan menghubungi pihak kementerian atau jabatan berkaitan melalui saluran komunikasi rasmi.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI