DBKL Keluarkan Iklan Sewa Rumah?

TULAR:
816

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada mengeluarkan iklan sewa rumah dengan kadar sewa RM218 bagi rumah kos rendah dan RM320 bagi rumah kos sederhana miliknya.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

DBKL menafikan mengeluarkan iklan kadar sewa RM 218 untuk rumah kos rendah dan RM320 bagi rumah kos sederhana miliknya.

Menurut DBKL, pihaknya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sepertimana yang tular di media sosial baru-baru ini.

“Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut dan tidak bertanggungjawab atas penyebarannya. Sehubungan itu kami berharap orang ramai tidak terpedaya.”

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi DBKL

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI