Wabak Rabies Di Sarawak Tidak Terkawal?

TULAR:
322

PENJELASAN:

Pihak Kementerian Kesihatan memperjelaskan dakwaan bahawa  wabak rabies atau anjing gila di Sarawak berada dalam keadaan tidak terkawal berikutan satu kes kematian terbaru akibat wabak berkenaan sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, wabak rabies atau anjing gila di Sarawak dalam keadaan terkawal walaupun terdapat satu kes kematian terbaru akibat wabak berkenaan.

Kata beliau lagi, kes kematian lelaki berusia 59 tahun itu merupakan kes lama pada November tahun 2017.

“Wabak rabies masih lagi terkawal, saya nasihatkan sesiapa yang terkena gigitan anjing agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital kerajaan. Jika terkena gigitan anjing, segera cuci tempat gigitan dan terus datang ke hospital untuk dapatkan vaksin.”

SUMBER: 

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI