Projek RTB Sungai Langat Punca Banjir?

TULAR:
814

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kejadian banjir yang berlaku di Kajang, Beranang dan Sungai Sekamat di Selangor adalah disebabkan projek Rancangan Tebatan (RTB) Sungai Langat yang dihentikan sejak dua tahun lalu.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kerajaan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa kejadian banjir yang berlaku di Kajang, Beranang dan Sungai Sekamat di Selangor bukan disebabkan projek Rancangan Tebatan (RTB) Sungai Langat yang dihentikan sejak dua tahun lalu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, terdapat beberapa penduduk di kawasan-kawasan berkenaan yang membina pembetung berhampiran sungai tanpa kebenaran pihak berkuasa.

“Sebanyak lima buah rumah penduduk telah dibina di atas tanah persendirian yang terletak di sepanjang Sungai Sompo tanpa mendapat sebarang kebenaran daripada pihak berkuasa menyebabkan air sungai mengalir semula sehingga menyebabkan berlaku kejadian banjir.”

SUMBER: 

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI