SPR Tidak Mengambil Kira Aspek Ketelusan Dalam Penggunaan Perkhidmatan Pos Malaysia Bagi Urusan Undi Pos Luar Negara?

TULAR:
508

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan dakwaan bahawa SPR tidak mengambil kira aspek ketelusan dalam penggunaan perkhidmatan Pos Malaysia bagi urusan undi pos luar negara.

Sumber gambar: The Malaysian Insight

Menurut Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, penggunaan perkhidmatan Pos Malaysia Bhd bagi urusan penghantaran kertas undi pos kepada pengundi luar negara dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mengambil kira aspek ketelusan memandangkan ia pihak berkecuali.

Kata beliau, langkah itu juga bagi memastikan kecekapan dalam urusan penghantaran kertas undi pos kepada pengundi terbabit.

“Dalam hal ini, SPR telah mendapat jaminan daripada pihak Pos Malaysia berkaitan aspek keselamatan dan kerahsiaan dengan semua pengendalian penghantaran diklasifikasikan sebagaimana prosedur pos berdaftar menggunakan rangkaian Pos Laju.

SPR telah menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia dalam penghantaran kertas undi pos untuk semua pilihan raya kecil yang dilaksanakan selepas PRU13 dan semasa Pilihan Raya Umum Negeri Sarawak Ke-11 yang berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI