Kekecohan, Rusuhan Di Pejabat Daerah Jempol, Negeri Sembilan?

TULAR:
991

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan berkenaan rusuhan di Pejabat Daerah Jempol pada 2 Februari 2018 sehingga mendorong anggota polis mengawal keadaan.

Sumber gambar: Sinar Harian

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, situasi kekecohan yang berlaku tersebut hanyalah Latihan Simulasi Keselamatan Ex-Undi Pra PRU ke-14, yang bertujuan bagi persiapan untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang berlaku sewaktu penamaan calon dan hari pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum ke 14.

“Latihan yang kita jalankan adalah ‘worse-scenario‘. Jadi tak perlu panik susulan anggota polis siap sedia dengan segala kemungkinan.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI