Air Jampi Punyai Kaitan Kes Dera Kanak-Kanak Di Lukut, Negeri Sembilan ?

TULAR:
337
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular dimedia sosial laporan bahawa bekas air yang kononnya mengandungi air jampi yang digunakan untuk ‘mengubati’ kanak-kanak yang maut didera di kediamannya di Lukut, mempunyai kaitan dengan kes.

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA:

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan bekas air yang kononnya mengandungi air jampi yang digunakan untuk ‘mengubati’ mangsa, tidak mempunyai kaitan dengan kes.

Sebaliknya, beliau berkata perkara utama dalam siasatan pada masa ini tertumpu kepada punca kematian murid tahun tiga itu.

“Kalau terdapat mana-mana bukti yang menunjukkan ada kaitan dengan pembunuhan tersebut kita akan ambil kenyataan individu yang terlibat. Berdasarkan siasatan buat masa ini, air jampi yang dibuat oleh seorang individu yang bergelar ustaz tersebut tiada kaitan dalam kes ini kerana ia hanya sekadar minuman.”

SUMBER :

Laman Facebook Rasmi Polis Diraja Malaysia

Bernama


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI