Kadar Kemalangan Maut Dan Kematian Di Malaysia Meningkat?

TULAR:
1098

PENJELASAN:

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan bahawa kadar kemalangan maut dan kematian di Malaysia meningkat sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Kadar kemalangan maut dan kematian di lebuh raya negara ini mencatatkan penurunan lebih tujuh peratus sejak tahun 2016 hingga tahun 2017.

Bagi kemalangan yang menyebabkan kematian, tahun 2017 mencatatkan kadar kematian sebanyak 257 kes, iaitu penurunan sebanyak 22 kes atau 7.9 peratus berbanding 279 kes pada tahun 2016.

Melalui pelaksanaan Op Selamat yang dijalankan saban tahun semasa musim perayaan, PDRM dapat memantau dan memastikan keselamatan lebuh raya di negara ini.

Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa Op Selamat pada tahun 2017 memberikan impak yang berkesan bagi menurunkan kadar kes kemalangan maut dan kematian.

SUMBER:

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI