RELA Kenakan Bayaran Kepada Penerima Pangkat Kehormat?

TULAR:
1020
Gambar hiasan. Sumber: klxpress.com.my

PALSU:

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengenakan bayaran kepada penerima pangkat kehormat.

Sumber gambar: Facebook.rela

SEBENARNYA:

RELA tidak pernah mengenakan bayaran kepada penerima pangkat kehormat jabatan itu, sebaliknya ia dianugerahkan secara percuma berdasarkan kelayakan dan prosedur tertentu.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Rela, Kamarudin Mohd Rapig berkata, individu terpilih untuk menerima pangkat berkenaan perlu terlebih dahulu menjadi pegawai Rela di peringkat daerah, negeri dan peringkat nasional.

“Pemakaian pangkat ini adalah secara percuma dan individu dilantik berdasarkan kelayakan.”

SUMBER:

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI