Pasaraya Manipulasi Harga Buah Nenas Di Sebuah Pasaraya Di Tampin?

TULAR:
857

PENJELASAN:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sembilan memperjelaskan isu tular berkenaan manipulasi harga buah nenas di sebuah pasaraya di  Tampin sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pengarah KPDNKK Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman, pihaknya telah membuat siasatan aduan di pasaraya yang dinyatakan dalam viral berkenaan.

“Pegawai kita telah turun padang ke lokasi yang dinyatakan dan mendapati terdapat tiga jenis nenas dan harga yang dipaparkan iaitu nenas jenis Morris, Josapine dan Sarawak. Isu harga nenas menjadi viral apabila terdapat nenas jenis Sarawak dalam longgokan nenas jenis Morris, yang mana harga nenas Sarawak adalah lebih mahal berbanding nenas Morris dan Josapine.”

Ain berkata, berdasarkan penjelasan pihak pengurusan keadaan berkenaan berlaku apabila terdapat segelintir pelanggan yang memilih dan mencampur adukkan jenis-jenis nenas sehingga kekeliruan terjadi kepada pelanggan lain apabila hendak membeli.

Bagaimanapun menurutnya, KPDNKK telah memberikan teguran dan amaran bertulis kepada pihak pasaraya agar memastikan perkara seperti itu tidak berulang kembali.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI