JIM Ada Mengeluarkan “Kad Kebal”Yang Dapat Melindungi PATI Daripada Ditangkap Pihak Berkuasa?

TULAR:
412

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ada mengeluarkan “kad kebal” yang dapat melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada ditangkap pihak berkuasa.

Sumber gambar: Twitter

SEBENARNYA:

JIM ingin menegaskan sekali lagi bahawa JIM tidak pernah mengiktiraf dan tidak pernah membenarkan mana-mana pihak untuk mengeluarkan sebarang kad seperti kad kebajikan, kad imigran, kad kebal atau lain-lain kad yang kononnya kad ini memberi perlindungan kepada PATI daripada tindakan undang-undang.

Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63 ada memperuntukkan kesalahan individu yang didapati melindungi PATI di Malaysia dimana pesalah bagi perkara ini boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000.

JIM mengingatkan orang ramai dan majikan yang ingin mengambil pekerja asing supaya berurusan terus dengan Jabatan. Pihak syarikat atau majikan dinasihatkan supaya tidak mengambil jalan mudah dengan bersekongkol bersama pihak tidak bertanggungjawab.

SUMBER:

Laman Facebook Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI