PENJELASAN :
Kementerian Kerja Raya (KKR) memperjelaskan laporan bahawa had laju di jalan Persekutuan dan jalan negeri akan diturunkan pada bulan Jun 2018 sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), had laju di jalan Persekutuan dan jalan negeri akan diturunkan, masing-masing daripada 90 kilometer sejam (km/jam) kepada 80 km/jam, dan daripada 80 km/jam kepada 70 km/jam bermula 8 Jun 2018.
Penurunan had laju itu dilakukan susulan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
KKR memaklumkan penurunan had laju itu akan dikuat kuasakan bermula 8 Jun sehingga 22 Jun 2018dan akan dipantau menerusi Operasi Bersepadu (Ops Bersepadu) oleh kementerian itu.
SUMBER :
Berita Harian