PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat harimau di laluan berbasikal di kawasan rekreasi Bukit Pelindung, berhampiran Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang yang menjadi laluan kepada pendaki.
SEBENARNYA :
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan tidak pernah menerima aduan mengenai kehadiran harimau di kawasan rekreasi Bukit Pelindung, berhampiran Teluk Cempedak, Kuantan.
Pengarahnya Ahmad Azhar Mohammed berkata pihaknya tidak pernah melihat atau menjumpai kesan yang boleh membuktikan kehadiran pemangsa itu.