Pelarian Rohingya Bakal Dihantar ke Sarawak?

TULAR:
1102

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Malaysia akan ditempatkan di Bau dan Serian, Sarawak.

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, kerajaan memberi jaminan bahawa pelarian Rohingya yang mendapatkan perlindungan di Malaysia tidak akan dihantar ke Bau dan Serian di Sarawak seperti yang ditularkan melalui media sosial.

Beliau dalam kenyataannya berkata, jaminan itu diberikan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan berkata isu pelarian Rohingya akan dihantar ke Sarawak adalah palsu.

SUMBER :

Bernama

Utusan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI