SIRIM Bekerjasama Dengan DBI Technology Dalam Skim Perumahan Mampu Milik?

TULAR:
403

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa SIRIM Berhad bekerjasama dengan syarikat DBI Technology Sdn Bhd dalam skim perumahan mampu milik yang menawarkan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran.

Sumber gambar: facebook.com

SEBENARNYA :

SIRIM Berhad memperjelaskan bahawa pihak mereka tidak pernah mengadakan sebarang kerjasama, usahasama, menjalankan kajian, ujian produk dan atau apa jua perkhidmatan atau memberikan pensijilan atau kebenaran kepada syarikat DBI Technology Sdn Bhd untuk menggunakan logo korporat SIRIM dalam sebarang bentuk promosi ke atas sebarang produk atau perkhidmatan milik syarikat tersebut.

SUMBER :

Facebook SIRIM

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI