PENJELASAN:
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan persoalan berhubung Malaysia akan mengalami serangan siber ‘ransomware’ yang telah melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di England sepertimana yang hangat diperkatakan.
Malaysia dijangka tidak akan mengalami serangan siber ‘ransomware’ yang telah melumpuhkan perkhidmatan kesihatan di England kerana negara ini masih belum mempunyai sistem Data Bersepadu Kesihatan Kebangsaan seperti yang digunakan di negara itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata sistem yang diguna pakai di hospital negara ini dibuat secara berasingan.
Bagaimanapun katanya, susulan serangan ramsomware itu, kerajaan meningkatkan kawalan khusus dalam berhadapan dengan ancaman keselamatan siber seumpama itu.
SUMBER: