PENJELASAN:
Tular di media sosial dakwaan satu mesej yang menyarankan orang ramai yang menghidap pneumonia menghubungi secara terus cawangan Communicable Disease Centre di talian 1300 232 272, dan tidak perlu ke hospital atau klinik keluarga.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebaran mesej tersebut adalah palsu.
Hasil semakan pihak MCMC, talian 1300 232 272 adalah talian cawangan Communicable Disease Control yang merupakan Bahagian Kesihatan Awam dan Sistem Klinikal di Australia Selatan. Laman sesawang rasmi bagi cawangan tersebut boleh dirujuk di pautan berikut:
Communicable Disease Control Branch