Pelancong Dari China Dijangkiti Koronavirus 2019-nCoV Telah Dimasukkan Ke Hospital Pulau Pinang?

TULAR:
947

PALSU:

Tular di media sosial satu klip video yang mendakwa kononnya terdapat pelancong dari negara China yang dijangkiti Novel Koronavirus 2019-nCoV dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang


SEBENARNYA:

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang:

Untuk makluman, setakat hari ini (30 Januari 2020) TIADA KES YANG DISAHKAN POSITIF 2019 n-COV DI PULAU PINANG dan tidak ada pelancong dari Negara China yang dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Pihak Jabatan sentiasa melaksanakan langkah-langkah seperti yang disyorkan oleh World Health Organisation (WHO).

Pihak Jabatan ingin mengingatkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan mengambil video atau gambar di kawasan Hospital tanpa kebenaran pihak hospital selaras dengan pekeliling yang dikuatkuasakan.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI