Seorang Lelaki Dari Tripura, India Maut Akibat Jangkitan Koronavirus Di Malaysia?

TULAR:
1400

PALSU:

Tular di media sosial satu artikel dari negara India yang mendakwa kononnya seorang lelaki warganegara India berumur 23 tahun maut akibat jangkitan Koronavirus di Malaysia.


SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Berdasarkan maklumat yang diterima sehingga jam 6 petang, 30 Januari 2020, lelaki warganegara India berumur 23 tahun seperti yang dinyatakan dalam berita itu tidak ada dalam senarai notifikasi dan kes-kes positif yang dilaporkan kepada KKM.

Untuk makluman, tiada rekod warganegara India yang direkodkan oleh makmal yang menjalankan ujian pengesahan 2019-nCoV di Malaysia.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI