Pesakit Koronavirus 2019-nCoV Tiba Di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani?

TULAR:
3041

PALSU:

Tular di media sosial satu nota suara (voice note) di WhatsApp yang mendakwa kononnya pesakit Koronavirus 2019-nCoV telah tiba di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Gambar hiasan. Sumber: YouTube

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Hospital Sultan Abdul Halim:

Untuk makluman semua, rakaman nota suara yang tular melalui aplikasi WhatsApp pada 29 Januari 2020, pihak Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) menafikan telah mengeluarkan kenyataan tersebut.

Sebarang kenyataan mengenai jangkitan 2019-nCov akan dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

SUMBER:

Facebook Rasmi Hospital Sultan Abdul Halim


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI