
PALSU:
Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan senarai kadar pengurangan harga kompaun bagi kesalahaan lalu lintas.
Versi Terkini. Tular: Oktober 2017

Versi Terdahulu. Tular: September 2016

SEBENARNYA:
JSPT PDRM menafikan bahawa telah mengeluarkan senarai kadar pengurangan harga kompaun bagi kesalahaan lalu lintas sepertimana disebarkan oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.
Masyarakat diminta tidak terpengaruh dengan sebarang mesej viral yang tidak diketahui kesahihannya. Bagi sebarang maklumat lanjut, sila rujuk di Portal Rasmi PDRM (Bahagian Info Trafik) yang merupakan sumber rujukan rasmi.
SUMBER:
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )