PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kejadian puting beliung di Miri, Sarawak.
SEBENARNYA :
Ketua Bomba Zon Miri, Law Poh Kiong, menafikan berlaku puting beliung di kawasan Miri seperti yang tersebar di laman sosial.
“Saya tahu gambar itu sudah tersebar di laman sosial dan tidak tahu apa niat si penyebar berita kerana ia hanya menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
“Bagaimanapun, angin kencang dan hujan lebat memang melanda bandar raya ini petang tadi,” kata beliau.
SUMBER :
Harian Metro