PALSU:
Tular di media sosial satu video yang mendakwa bahawa terdapat kejadian tanah runtuh yang berlaku di lokasi km 139.9 laluan Grik – Jeli, Jalanraya Timur-Barat.
SEBENARNYA:
Menurut kenyataan PDRM:
Ketika ini penyebaran satu video telah menular di group-group whatsapp dan juga Facebook berkenaan dengan kejadian tanah runtuh yang didakwa baru berlaku di lokasi km 139.9 laluan Grik – Jeli Jalanraya Timur-Barat.
Kejadian pergerakan tanah runtuh yang ditularkan itu berlaku pada bulan November 2017. Oleh itu kejadian tersebut bukan berlaku pada hari ini sebagaimana didakwa atau ditularkan dlm whatssap oleh pihak tertentu.
Permulaan kejadian tanah runtuh disitu telah berlaku pada bulan Oktober 2017 lagi dan sehingga kini penyelenggaraan sedang giat dijalankan oleh pihak konsesi Jalanraya dan pihak Jabatan Kerja Raya Gerik. Untuk keselamatan pengguna Jalanraya di kawasan itu jalan lencongan telah dibuat dan dikawal 24 jam oleh pihak berkuasa.
Pohon orang ramai dapatkan pengesahan berita sesuatu kejadian dengan pihak Polis (PDRM) terlebih dahulu sebelum menularkan dalam media sosial.
SUMBER:
Facebook Rasmi Polis Daerah Grik