Kekeliruan Isu Pertukaran Alamat Kediaman Pada Kad Pengenalan?

TULAR:
2041

PENJELASAN:

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memperjelaskan kekeliruan berhubung isu pertukaran alamat kediaman pada kad pengenalan, sepertimana yang hangat dibincangkan di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut JPN, selaras dengan perundangan dan peraturan yang berkuatkuasa, pertukaran alamat tempat kediaman pada Kad Pengenalan perlu direkodkan oleh JPN berdasarkan kepada permohonan daripada pemilik Kad Pengenalan.

Dalam hal ini, Peraturan 15(2), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 telah memperincikan dua kaedah untuk merekodkan alamat terkini pemohon iaitu sama ada dengan mencetak pada Kad Pengenalan atau mengemaskini maklumat tersebut dalam Cip Kad Pengenalan sedia ada.

Cetakan alamat terkini pada Kad Pengenalan akan memerlukan gantian Kad Pengenalan baharu dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 manakala kemaskini rekod cip pada Kad Pengenalan sedia ada tanpa penggantian Kad Pengenalan baharu boleh dibuat dengan kadar bayaran RM2.00 sahaja. Bagi memudahkan rujukan terutamanya berkaitan dengan urusan rasmi, slip Maklumat Kandungan Cip akan dikeluarkan untuk setiap kemaskini alamat pada Cip Kad Pengenalan sedia ada.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Pendaftaran Negara


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI