Perlu Berpakaian Seperti Ke Pejabat Ketika Mengundi Pada PRU-14?

TULAR:
13590

PALSU:

Tular sebuah mesej yang mendakwa kononnya etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat akan dikuatkuasakan di pusat-pusat mengundi, bagi menghalang orang ramai yang tidak berpakaian sesuai daripada mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Sumber gambar : Whatsapp

SEBENARNYA:

SPR menjelaskan mesej tular oleh pihak tertentu berkaitan etika berpakaian ketika mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang adalah tidak benar, dan SPR tidak pernah menetapkan etika berpakaian seperti kehadiran ke pejabat.

SPR tidak pernah dan tidak akan menghalang seseorang pengundi dari memasuki tempat mengundi asalkan ianya berpakaian bersesuaian apabila memasuki tempat mengundi, tetapi baju mereka, pakaian dan barangan lain yang mereka gunakan seperti payung dan sebagainya tidak dibenarkan mempunyai sebarang simbol parti politik.

Seksyen 26(1)(g ) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan bahawa seseorang pengundi adalah dilarang sama sekali memasuki tempat mengundi sekiranya mereka memakai apa-apa pakaian dan peralatan yang memaparkan nama calon, simbol atau lambang parti politik pada hari mengundi.

SUMBER:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI