PENJELASAN:
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan dakwaan berkenaan rusuhan di Pejabat Daerah Jempol pada 2 Februari 2018 sehingga mendorong anggota polis mengawal keadaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan Azham Shah Azlan berkata, situasi kekecohan yang berlaku tersebut hanyalah Latihan Simulasi Keselamatan Ex-Undi Pra PRU ke-14, yang bertujuan bagi persiapan untuk menghadapi apa juga kemungkinan yang berlaku sewaktu penamaan calon dan hari pembuangan undi pada Pilihan Raya Umum ke 14.
“Latihan yang kita jalankan adalah ‘worse-scenario‘. Jadi tak perlu panik susulan anggota polis siap sedia dengan segala kemungkinan.”