Kematian Akibat HFMD Dilaporkan Di Pulau Pinang?

TULAR:
459

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya terdapat kematian akibat penularan virus HFMD di Pulau Pinang.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Kerajaan Pulau Pinang menafikan dakwaan ada kematian disebabkan wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri itu setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, mereka tidak akan menyembunyikan perkara itu jika benar ia berlaku.

“Setakat sekarang kita tidak mencatatkan sebarang kematian akibat kes HFMD. Jika ada kita akan laporkan kepada media.”

Sumber:

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI