Kenderaan Penumpang Tidak Akan Dikenakan Cukai SST?

TULAR:
637

PENJELASAN :

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memperjelaskan dakwaan bahawa kenderaan penumpang tidak akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenytaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia :

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah muatnaikkan cadangan barang-barang yang dikecualikan daripada cukai jualan pada hari 84, 19 Julai 2018. Barang-barang ini dirujuk kepada kod tarif yang dicadangkan untuk dikecualikan daripada cukai jualan (SST) $emasa pelaksanaan SST pada 1 September 2018.

Susulan daripada senarai yang dimuatnaik, berita berkaitan dengan kenderaan penumpang berrnotor tidak dikenakan cukai jualan telah tersebar luas dan JKDM ingin memberi penjelasan berkaitan perkara ini. JKDM ingin menjelaskan bahawa kenderaan penumpang sememangnya dicadang dikenakan cukai jualan. Walaubagaimanpun ada pihak yang telah salah tafsir senarai yang yang telah dimuatnaik tanpa merujuk kepada JKDM.

Barang yang dikecualikan daripada cukai jualan dalam senarai tersebut hanya merujuk kepada komponen yang tercurai bagi pemasangan kenderaan penumpang (Completely Knocked Down —CKD) sahaja. Apabila kenderaan siap dipasang daripada komponen-komponen CKD yang diimport tadi, kenderaan yang telah siap tersebut adalah tertakluk kepada cukai jualan. Dengan penjelasan ini, JKDM berharap isu ini selesai dan tidak mengelirukan rakyat dan pengguna.

 

SUMBER :

Facebook Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Utusan Malaysia

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI