Pemuda Sakit Kulit Kronik Kerana Terkena Sejenis Ulat Bulu?

TULAR:
1868

PALSU :

Hangat diperkatakan di media sosial dakwaan bahawa terdapat individu yang mengalami sakit kulit kronik akibat terkena serangan ulat bulu di sekitar Port Dickson.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA :

Menurut kenyataan dari Jabatan Perikanan (DOF) Malaysia:

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menjalankan siasatan terhadap penularan terdapatnya individu yang telah jatuh sakit akibat terkena sengatan ulat bulu laut. Berita tersebut adalah dianggap palsu (tidak benar) di mana sehingga kini tiada bukti tentang kejadian tersebut berlaku di Port Dickson.

Jabatan akan terus menyiasat, memantau dan berinteraksi dengan orang ramai, khususnya para nelayan. Hingga hari ini, tiada sebarang kes berkenaan spesies ulat bulu laut ini yang dikatakan ‘menyerang’ perairan Port Dickson sehingga menimbulkan kemudaratan kepada individu tertentu.

Berhubung perkara ini juga, pihak DOF telah menghubungi Pegawai Kesihatan Daerah Port Dickson dan dimaklumkan bahawa tiada laporan secara rasmi diterima oleh beliau berkaitan kejadian ini.

Kenyataan Pengarah Hospital Port Dickson (HPD):

Menurut Pengarah Hospital Port Dickson (HPD), Dr Muhammad Zamri Harun, setakat ini tiada kes yang dilaporkan mengenai lelaki yang sakit kulit kronik akibat serangan ulat bulu di Port Dickson, dan ia diklasifikasi sebagai berita palsu.

Setakat ini, HPD tidak menerima kes penyakit kulit seumpama itu atau dimaklumkan oleh mana-mana pihak berhubung kaitannya dengan serangan ulat bulu yang berlaku di daerah ini.

“Bagaimanapun, kita terus pantau jika ada sakit kulit yang sama dirujuk di HPD. Ada juga muat naik di Facebook rakan mangsa mendakwa penyakit yang sudah empat bulan dihidapi lelaki itu masih gagal dikesan hospital walaupun sudah membuat ujian darah.

“Adalah tidak adil kes berkenaan viral kononnya ia berlaku di Port Dickson.”

SUMBER :

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI