Timbalan Menteri Syorkan MARA Ditukar Nama, MSRM Dibuka Kepada Semua Kaum?

TULAR:
476

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah mahukan Mara untuk semua kaum dan menukar nama sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

Sumber gambar: Whatsapp.

SEBENARNYA :

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Sivarasa Rasiah menafikan dakwaan beliau mengesyorkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dibuka kepada semua kaum, ataupun mahukan nama MRSM kepada Maktab Rendah Sains Malaysia.

“Ini tidak betul dan fitnah. Harap tidak diulang. Cadangan kepada tukar nama (MRSM) tidak pernah dibuat. Cadangan (kemasukan terbuka) pun tidak betul. Tidak pernah dibuat,” katanya.

“Apa yang dibincang ialah dasar Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedia ada yang memperuntukkan 10 peratus tempat di MSRM untuk penuntut bukan Bumiputera. MARA ada beritahu (maklum) sebahagian besar kuota masih tidak diisikan.”

SUMBER :

Harian Metro

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI