PENJELASAN:
Kementerian Pendidikan memperjelaskan kenyataan mengenai cadangan hukuman buang sekolah ke atas pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah dihapuskan sepertimana yang hangat diperkatakan.
Kementerian Pendidikan tidak bercadang untuk mengkaji semula hukuman buang sekolah ke atas pelajar yang mempunyai masalah disiplin di sekolah.
Timbalan Menterinya Datuk Chong Sin Woon berkata ini adalah kerana hukuman itu hanya dalam tempoh maksimum dua minggu dan bukannnya membuang terus pelajar berkenaan dari sistem pendidikan dan tidak lagi mempunyai peluang untuk kembali bersekolah.
SUMBER: