Sindiket Menggunakan Taktik ‘Caller ID Spoofing’ Bagi Mendapatkan Butiran Peribadi Perbankan?

TULAR:
433

WASPADA:

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan sindiket yang menggunakan taktik ‘Caller ID Spoofing’ dalam mendapatkan butiran peribadi perbankan pengguna.

Sumber gambar : Mstar

Pengerusi Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, “Mereka akan menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai dan memaklumkan bahawa mangsa terlibat dengan kes jenayah, saman mahkamah, mempunyai jumlah tunggakan kad kredit.”

 

Beliau berkata lagi, “Jika mendapat panggilan yang mencurigakan, CFM menyarankan agar pengguna menghubungi sendiri institusi yang berkaitan atau terus pergi ke pejabat institusi tersebut yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara tersebut.”

SUMBER:

Mstar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI