PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan (JPJ) tidak membenarkan pembaharuan cukai jalan kepada kenderaan Uber dan Grab.
Sumber gambar: Whatsapp
SEBENARNYA :
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan kenyataan menafikan larangan bagi kenderaan Uber dan GrabCar bagi memperbaharui cukai jalan, seperti mana yang disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp.
Mesej berkenaan yang memaparkan bahawa kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah JPJ adalah tidak benar.