Kerajaaan Tidak Lagi Tanggung Rawatan Penjawat Awam Di Institut Jantung Negara?

TULAR:
6745

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan bahawa kerajaan persekututan tidak lagi menanggung kemudahan perubatan penjawat awam di Institut Jantung Negara (IJN).

Sumber gambar: Berita Harian.

SEBENARNYA:

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min berkata, Kerajaan Persekutuan masih menanggung kemudahan perubatan itu, tetapi pesakit perlu memenuhi syarat dalam peraturan yang berkuatkuasa.

“Kerajaan masih lagi menanggung kemudahan perubatan pegawai Kerajaan Persekutuan dan keluarga (suami/isteri, anak yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun dan ibu bapa yang sah), pesara serta pesakit kurang mampu yang mendapatkan rawatan di IJN,” katanya.

Chaw Min berkata, salah satu syarat yang ditetapkan sebelum mendapat rawatan di IJN adalah pegawai dan pesara kerajaan persekutuan perlu mendapat rujukan daripada pakar perubatan umum, pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan atau swasta. Manakala buat pesakit yang kurang mampu, tambahnya, rujukan perlu didapati dari pakar perubatan umum, pakar kardiologi dari hospital atau klinik kerajaan sahaja.

 

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI