Program Pemutihan Perkahwinan Rentas Sempadan Kedah, Diskriminasi Ke atas Wanita?

TULAR:
831

PENJELASAN :

Kerajaan negeri Kedah memperjelaskan dakwaan bahawa program perkahwinan rentas sempadan yang dianjurkan mereka menggalakkan poligami dan perkahwinan tanpa persetujuan isteri pertama, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: New Straits Times.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan serta Kerja Raya negeri, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata,“ inisiatif pemutihan perkahwinan rentas sempadan itu dibuat selepas kita mendapat banyak aduan bahawa ramai pasangan yang bukan saja berkahwin dua, tetapi perkahwinan pertama sama ada sesama warga tempatan atau Thailand menghadapi masalah mendapatkan sijil nikah dan sijil kelahiran anak,” katanya.

Mohd Rawi berkata, mereka yang berkahwin di negara jiran apabila memiliki anak mempunyai kesukaran mendapatkan sijil kelahiran kerana perkahwinan tidak didaftarkan di sini.

Ujarnya lagi, program tersebut akan menyelesaikan masalah apabila terjadi perceraian atau kematian suami yang mana isteri tidak teraniaya dan boleh menuntut nafkah, selain memberi kemudahan terhadap anak yang dilahirkan untuk permohonan sijil kelahiran dan kad pengenalan.

SUMBER :

Harian Metro

New Straits Times


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI