KKM Tidak Pantau Ubat Tidak Berdaftar?

TULAR:
581
Sumber gambar : KKM

PENJELASAN :

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperjelaskan dakwaan bahawa KKM tidak memantau ubat yang tidak berdaftar sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Dr. Salmah Bahri, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar dalam negara ini termasuk yang dijual secara atas talian menerusi pelbagai medium laman sosial.

Bagi tujuan tersebut, kementerian menubuhkan unit digital forensik sejak 2013 untuk memantau penjualan ubat-ubatan sedemikian.

“Kami bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam hal ini. Buat waktu ini penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar masih berada dalam keadaan terkawal namun pengguna tetap dinasihatkan untuk berhati-hati dan mendapatkan nasihat pakar sebelum pengambilan sebarang ubat-ubatan.”

SUMBER : 

Laman Facebook Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia

Utusan Online


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI