Polis Tidak Ambil Tindakan Berhubung Kes Kanak-kanak Argentina Yang Dilarikan?

TULAR:
687
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PENJELASAN :

Pihak polis memperjelaskan dakwaan bahawa pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap kes kanak-kanak warga Argentina yang dilarikan oleh bapanya ke Kuala Pilah pada 17 Disember 2017 sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sumber gambar : Facebook

Polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan berhubung dakwaan kanak-kanak warga Argentina dilarikan oleh bapanya kerana tiada laporan rasmi dibuat oleh pihak berkenaan berhubung perkara itu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya hanya mengetahui tentang perkara itu dua minggu selepas tarikh kanak-kanak tersebut dikatakan berada di Kuala Pilah pada 17 Disember 2017 sebelum menuju ke tempat lain.

“Tiada laporan rasmi dibuat kepada pihak kami. Jika mereka terus melaporkannya kepada kami, pihak polis boleh membuat sesuatu untuk mengesan kanak-kanak tersebut.” culik

Noor Azam berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang permintaan daripada Kedutaan Argentina berhubung kes itu.

SUMBER :

Bernama

Kosmo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI