Kejadian Culik Murid Sekolah Agama Di Kampung Pasir, Johor Bahru?

TULAR:
1264

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa berlaku kes culik membabitkan murid Sekolah Agama Dato Omar Yusof, Kampung Pasir, Johor Bahru.

Sumber gambar: Facebook.culik

SEBENARNYA :

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya menolak dakwaan berlaku kes culik membabitkan murid Sekolah Agama Dato Omar Yusof, Kampung Pasir, Johor Bahru. Katanya, perkara itu tidak benar sama sekali dan sehingga kini, pihaknya masih belum menerima laporan polis berkaitan kes berkenaan.

“Semua itu dakwaan palsu, bukan saja kami tidak menerima laporan polis mengenainya malah siasatan mendapati kejadian itu tidak benar sama sekali. Walaupun tiada laporan, kami tetap jalankan pemeriksaan kerana membabitkan keresahan dan ketenteraman orang ramai, malangnya kejadian itu palsu dan tidak benar.”

SUMBER :

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI