PALSU:
Tular di media sosial dakwaan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan amaran melarang orang ramai mandi-manda dan minum di tiga sungai di negeri Terengganu kerana kes bawaan penyakit merbahaya.
SEBENARNYA:
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menafikan ada mengeluarkan amaran melarang orang ramai mandi-manda dan minum di tiga sungai di negeri itu kerana kes bawaan penyakit merbahaya.
Pengarahnya, Dr Mohammad Omar, berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan terbabit dan mengesahkan ia adalah sebaran palsu yang berniat mencetuskan keadaan panik dalam kalangan orang ramai. Dr Mohammad berkata, setakat ini tidak ada berlaku kejadian kes bawaan penyakit membabitkan kawasan sungai di negeri ini.
Katanya, amaran palsu itu yang mengaitkan Sungai Bumbung Raja dan Sungai Loh, serta Sungai Kertih sehingga Kemasik, di Kemaman, juga pernah tersebar di laman sosial Facebook pada 2014 dan 2015.
SUMBER: