Struktur Jejambat Dalam Pembinaan Di Jalan Taman Bukit Maluri Runtuh?

TULAR:
613

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya berlaku insiden runtuh yang membabitkan struktur jejambat dalam pembinaan di Jalan Taman Bukit Maluri berhadapan Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL).

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Tidak berlaku sebarang insiden runtuh membabitkan struktur jejambat yang dalam pembinaan di Jalan Taman Bukit Maluri berhadapan Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur (SMAKL).

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd (KESTURI) dalam satu kenyataan menjelaskan gambar yang viral di media sosial tersebut adalah gambar ketika kerja-kerja membuka struktur sokongan galang jejambat terbabit sedang dijalankan.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI