Jabatan Imigresen Tidak Memberi Kerjasama Dengan SPRM Berhubung Kes Rasuah?

TULAR:
383

PENJELASAN:

Jabatan Imigresen memperjelaskan kenyataan kononnya pihak mereka tidak memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat berhubung kes rasuah yang membabitkan pegawai dan anggota imigresen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Sumber gambar: Utusan Malaysia

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, beliau sendiri yang menyalurkan maklumat berhubung penyalahgunaan kuasa oleh anggotanya kepada SPRM membabitkan sindiket pemalsuan permit pegawai dagang.

Tegasnya, Jabatan Imigresen sentiasa bekerjasama dengan SPRM dalam usaha memerangi gejala rasuah sejajar dengan matlamat meningkatkan amalan integriti dalam kalangan pegawai dan anggotanya.

SUMBER:

Utusan Malaysia

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI