DBKL Menjalankan Kaji Selidik Populariti Untuk Projek Pembangunan Di TTDI?

TULAR:
337

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang menjalankan kaji selidik populariti di taman-taman awam di Kuala Lumpur. Hasil kaji selidik tersebut juga dikatakan akan digunakan sebagai alasan untuk menjalankan projek pembangunan di kawasan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

Gambar hiasan. Sumber gambar : Shutterstock

SEBENARNYA:

DBKL menafikan berhubung tujuan kaji selidik tersebut. Kolum ‘Undian’ yang ada di portal DBKL adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna-pengguna kemudahan, perkhidmatan serta fasiliti-fasiliti  yang disediakan oleh DBKL seperti taman-taman awam dan servis online DBKL. Hasil kaji selidik tersebut akan digunakan oleh DBKL untuk menambahbaik perkhidmatan DBKL berdasarkan kaji selidik tersebut.

DBKL tidak menjalankan kaji selidik berkaitan populariti taman awan untuk tujuan pembangunan di kawasan TTDI dan apa yang telah menjadi tular di pesanan aplikasi whatsapp adalah tidak benar dan tidak tepat.

SUMBER :

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI