PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah kehabisan dana untuk pemberian dana pendidikan.
SEBENARNYA :
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa MARA kehabisan dana untuk pemberian pinjaman pendidikan. Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, kerajaan sentiasa menyalurkan dana kepada MARA untuk meneruskan bantuan pendidikan kepada pelajar yang layak.
“Mara tidak kehabisan dana dalam memberikan pinjaman pendidikan kerana kerajaan sentiasa memberi sumbangan kepada Mara untuk tujuan tersebut,”
SUMBER :
Utusan Online