Kebakaran Di LRT Taman Jaya, Selangor Angkara Letupan Bom?

TULAR:
416

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa kebakaran kereta di kawasan parkir Light Rail Transit (LRT) Taman Jaya, Selangor adalah berpunca dari letupan bom.

Sumber gambar: twitter.com

SEBENARNYA :

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan terdapat letupan bom yang merosakkan enam kenderaan tetapi menyatakan terdapat kebakaran di kawasan parkir LRT Taman Jaya, Petaling Jaya.

Menurut Ketua Polis Selangor, Dato Abdul Samah bin Hj. Mat menjelaskan bahawa sebaran tular dalam laman media sosial Facebook berkaitan kejadian kebakaran di kawasan parkir LRT Taman Jaya adalah satu kes jenayah yang berunsurkan perbuatan khianat dan BUKAN kejadian yang melibatkan sebarang ANCAMAN KESELAMATAN OLEH MANA MANA KUMPULAN PENGGANAS seperti yang digembar gemburkan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

SUMBER : 

Twitter Ketua Polis Negara

Facebook Polis Diraja Malaysia

Twitter MYRapid

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI